Tapi sekadar membuka mata…
bukan ku kejar matlamat dunia..
tapi sekadar hidup berkerjaya..
sekalipun aku semut serangga…
tapi aku tak suka berbanga-bangga..
meskipun bukan aku keturunan MAHARAJA LELA..
tapi aku darah perwira…
Bukan ku cuba membuat propaganda…
Tapi ini kebaikkan bersama..
Aku hidup serba sederhana..
Kerna ingin beramal dalam dunia..
Dunia penuh hai pancaroba…
Tapi tak bermakna hidup ini sampai masanya..
Kerana wang ringgit semata-mata…
Sampai Melayu nak hancur binasa??
Janganlah sampai saudara sendiri dikata..
Sedar tak sedar inilah keadaanya..
Manusia kini mengejar harta..
Sampai pengkhianat dikata TENTERA..
Jangan lah engkau bermain kata
Kerna kelak hancur binasa…
Aku ini anak bangsa…
Tidak ku sanggup berdiam sahaja..
Hidup ini Cuma sementara..
Jangan hanya berkata-kata…
Kalaulah hidup tamak haloba…
Jangan nanti dipandang hina…
Nukilankun hanya seketika Cuma…
Jangan engkau lupa dan alpa…
Umur telah menjangkau tua..
Nanti hidup penuh sengsara..
Bukan niatku untuk mengata..
Tapi ini pandangan dan fakta…
Ingatlah dikau wahai anak bangsa…
Jangan kelak kita dicela…
Bukan hanya mampu ku berkata..
Terasa hatiku.. mula berbicara lidah…
Ini semua untuk anak bangsa..
Akulah Bayu Cucu Si Dato Merah…
~nukilan ikhlasku…
No comments:
Post a Comment